fbpx

Bayi usia sebulan minum susu guna tiub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNIRA dan suaminya menguruskan bayi mereka, Qaseh Nurhawa ketika ditemui di rumah pasangan itu di Kampung Bukit Kolam, Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Sepasang suami isteri diuji apabila anak keempat mereka yang dinantikan selama 12 tahun dilahirkan dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Qaseh Nurhawa Zaifulnizam yang berusia sebulan disahkan menghidap syndromic baby dan diabetic embryopthy sejak di dalam kandungan.

Ibunya, Sunira Musaraini Mustaffa, 41, berkata, penyakit itu menyebabkan kepala anak­nya berisiko membesar disebabkan lebihan cecair.

Selain itu, struktur tulang belakang, usus, salur pemakanan dan buah pinggang Qaseh Nurhawa juga tidak sempurna.

“Sewaktu mengandungkan Qaseh Nurhawa, saya dijangkiti virus Covid-19 dua kali termasuk tahap empat semasa trimester pertama.

“Doktor mengesan kecacatan janin ketika kandungan berusia enam bulan dan memberi pilihan untuk menggugurkannya, tetapi saya dan suami tidak sanggup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini baru-baru ini.

Menurutnya, masalah salur pemakanan dan usus menyebabkan anaknya terpaksa meminum susu menggunakan tiub.

Qaseh Nurhawa perlu kerap ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang terletak lebih 30 kilometer dari rumah untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan susulan.

“Buat masa ini, suami (Zaifulnizam Ismail) yang bekerja tukang kebun terpaksa bercuti panjang kerana anak kami memerlukan penjagaan khusus atau mungkin berhenti kerja dan ambil alih menjual kuih seperti yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000205826 atau hubungi talian 011-5524 6883. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI