fbpx

2,867 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan kepada 2,867 kes berbanding 2,605 kes kelmarin dengan empat kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,528,294 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,145 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,500,856 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam dengan 906 kes dilaporkan diikuti oleh Selangor (881), Negeri Sembilan (168), Sabah (154), Perak (143), dan Pulau Pinang (119).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Melaka (95), Johor (79), Putrajaya (72), Sarawak (68), Kedah (63), Pahang (50), Terengganu (25), Kelantan dan Labuan (masing-masing 17) serta Perlis (10),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,765 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,586 kes.

Setakat ini, sebanyak 28,116 kes dikuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,249 kes di hospital, 18 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 25 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI