fbpx

UMNO tiada kem Ahmad Zahid atau Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh.

GEORGE TOWN – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan parti itu kini berpecah kepada dua puak iaitu kem yang menyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kem Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau yakin perbezaan pendapat yang berlaku dalam UMNO boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan tanpa melibatkan anasir luar parti.

”Siapa kata ada kem, kalau dalam keluarga suami isteri pun ada berbeza pendapat, bapa dan anak pun boleh berbeza pendapat.

“Jadi dalam politik pun ada (beza pendapat), bagi saya ini perkara biasa dan boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan,” katanya selepas merasmikan penutup seminar pembangunan kapasiti kontraktor dan aplikasi pengecatan dan lapisan senibina di Hotel Double Tree Resort, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang dilucutkan daripada jawatan ahli MKT UMNO mendedahkan beberapa perkara dalaman parti, antaranya pengakuan dirinya sendiri menandatangani Akuan Bersumpah (SD) kerjasama dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, dikatakan terdapat pertemuan antara pimpinan UMNO di kediamannya pada Mei 2020 untuk meminta supaya Ahmad Zahid turun daripada jawatan presiden. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI