fbpx

Rumah bot ikonik di Sungai Nil dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Mesir berkata, rumah bot itu dibina beberapa dekad lalu tanpa persetujuan. - Omar Robert Hamilton

KAHERAH – Pihak berkuasa Mesir akan memusnahkan 30 rumah bot ikonik yang menjadi tarikan pelancong di Sungai Nil sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengindahkan kawasan tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Bagi kebanyakan pelancong tempatan dan asing, rumah bot kayu yang berwarna terang itu merupakan sebahagian daripada mercu tanda ikonik yang memiliki warisan budaya dan seni bina Kaherah. 

Beberapa rumah bot yang berlabuh secara kekal di tebing sungai itu didiami oleh penduduk miskin manakala sebilangan yang lain telah dibaik pulih dengan kos yang tinggi serta ditukar menjadi restoran, pejabat dan gimnasium.

“Ia menampilkan gaya hidup berbeza, anda benar-benar ‘tenggelam’ dalam alam semula jadi. Sungai itu hanya satu meter di bawah anda.

“Idea rumah bot sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang agak luar biasa. Ia memiliki nilai romantik oleh generasi Mesir dan Arab,” kata penulis novel terkenal Mesir, Ahdaf Soueif yang mana rumah milik keluarganya turut bakal dimusnahkan.

Tiga rumah bot dua tingkat yang dipasang pada rakit telah ditunda minggu lepas. Pada awal minggu ini, beberapa yang lain telah dialih keluar dan satu daripadanya dimusnahkan dalam proses itu.

Susulan kerja-kerja memusnah itu, rakyat Mesir meluahkan kecaman di platform-platform media sosial. 

Bagaimanapun, kerajaan Mesir bertindak mempertahankan keputusan untuk meroboh dengan menyatakan bahawa rumah-rumah bot itu dibina sedekad lalu tanpa persetujuan selain para pemiliknya gagal mendapatkan permit dan lesen yang sah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI