fbpx

PTPTN lancar Pelan Antirasuah Organisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dasuki (tiga kanan) menunjukkan Buku Pelan Antirasuah Organisasi 2022-2024 ketika majlis pelancaran di Menara PTPTN hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PTPTN 2022 hingga 2024.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pelan tersebut menggariskan tiga bidang keutamaan dengan lima objektif strategik dan 12 pelan tindakan secara keseluruhan.

Katanya, setiap pelan tindakan yang ditetapkan telah mengambil kira keperluan kepada pemantapan integriti, pengukuhan governan dan pemerkasaan pencegahan rasuah.

“Sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), PTPTN sentiasa komited mendukung aspirasi kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan bebas dari gejala rasuah serta salah guna kuasa yang boleh menjejaskan imej organisasi.

“Sesungguhnya, pelan ini telah dirangka secara komprehensif dengan mengambil kira isu dan cabaran yang dihadapi oleh PTPTN, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelan tersebut dilancarkan selaras dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional 2019 hingga 2023 di bawah Strategi ke-2 iaitu memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan dengan mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan Antirasuah di peringkat organisasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI