fbpx

Pengawal keselamatan pukul adik perempuan, nenek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki memukul adik perempuan selain menampar neneknya yang berusia 64 tahun dalam kejadian di Kampung Tasik Tambahan, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 9.30 malam.

“Kita menerima laporan daripada adik perempuan suspek yang berusia 23 tahun mendakwa abang kandungnya (pengawal keselamatan) telah pulang dalam keadaan marah.

“Suspek yang berusia 25 tahun itu kemudian membaling dua buah baldi pada bahagian belakang adik perempuannya sebelum menampar dan menjirus air teh suam di seluruh badan neneknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, wanita itu mengalami kecederaan tisu bahu manakala neneknya cedera di bahagian pipi dan telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Mengulas lanjut, polis kemudian menahan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu pada pukul 8.26 malam tadi.

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah manakala motif kejadian berpunca lelaki itu tidak diberikan duit sehingga mengamuk.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI