fbpx

Pameran robotik pupuk minat pelajar terhadap STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Adham Baba (depan, tiga dari kanan) melihat aksi robot bernama Pepper selepas merasmikan Galeri Pameran Robotik atau Cybernetics di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan mengambil inisiatif menaik taraf Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini dengan mewujudkan Galeri Pameran Robotik atau Cybernetics sebagai usaha memupuk minat pelajar terhadap sains dan sains tulen.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerajaan memandang serius dalam usaha untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Ketika ini, jumlah pelajar dalam bidang STEM adalah pada kadar 47 peratus dan sains tulen sebanyak 19 peratus.

“Bagi mengatasi masalah ini kita perlu meningkatkan penglibatan mereka dengan sains tulen. Angka 19 peratus sangat rendah yang mana kita kena bangunkan segera dalam menuju negara berpendapatan tinggi,” katanya pada Majlis Perasmian Galeri Robotik di sini hari ini.

Kata beliau, pameran sains seperti Galeri Cybernetics oleh Pusat Sains Negara itu diyakini bukan sahaja mampu memupuk budaya cintakan sains, malah meningkatkan minat terhadap bidang STEM.

Galeri Cybernetics berkeluasan 500 meter persegi itu mengetengahkan 16 bahan pameran dan bertemakan Cybernectis: Dunia Interdimensi Anda yang bakal memberi pengalaman menyeronokkan termasuk pengalaman berinteraksi dengan robot secara interaktif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI