fbpx

Padam video sebab saya malas layan – Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Daiyan menjadi bualan dalam Twitter selepas tindakannya menyekat seorang pengguna yang menyebarkan kebencian terhadapnya.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon jelita, Daiyan Trisha mempertahankan tindakannya menyekat pengguna media sosial yang gemar menyebarkan benih kebencian terhadapnya dalam Twitter.

Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak berdaya memuaskan hati semua orang dan jalan terbaik, demi tiada pihak terluka adalah dengan menyekat akaun media sosial mereka yang berkaitan.

“Benda kecil dan saya sebenarnya, malas nak layan mereka yang suka cakap negatif dalam media sosial. Jadi, saya sekat akaun mereka supaya tiada pihak terluka dan benda bersifat ‘tacky’ itu tidak berlarutan.

“Niat saya hanya berkongsi video lagu saduran yang saya hasilkan. Lagu yang sedang popular dalam kalangan peminat. Tapi kalau ada yang tak suka, apa saya boleh buat?” katanya.

Terdahulu, nama Daiyan menjadi tular dalam Twitter apabila dia bertindak menyekat akaun seorang pengguna Twitter selepas individu berkenaan menyifatkan sebuah video nyanyian semula olehnya sebagai memalukan.

Dalam pada itu, individu terbabit turut menulis kapsyen yang seolah-olah menyindir perubahan hidungnya.

Daiyan menjelaskan, sebagai seorang artis, tidak semua tindak tanduknya akan membuatkan orang berasa bahagia.

“Saya dah padam video yang saya kongsi dari Twitter sebab saya malas nak layan. Dalam platform lain masih ada. Suka hati kalianlah sebab saya tahu, benda ini tiada asas, lama-kelamaan akan senyap juga nanti.

“Normal kalau orang tak suka kita. Sebagai seorang artis, memang hari-hari kita kena berdepan dengan situasi sebegini. Lagu yang saya ‘cover’ itu pun lagu sedih, jadi emosi yang saya sampaikan pun jadi sedihlah.

“Biarlah, saya banyak lagi kerja nak buat sekarang. Saya padam video supaya tak berpanjangan lagi dan tak usah beri perhatian kepada individu terbabit,” katanya.

Difahamkan, pengguna terbabit disekat selepas menulis komen ‘memalukan’ pada sebuah video memaparkan Daiyan menangis sambil memandu kereta berlatarbelakang sebuah lagu melankolik popular antarabangsa berjudul Glimpse Of Us. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI