fbpx

Nombor kenderaan UG dibuka untuk bidaan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siri nombor pendaftaran kenderaan UG merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni UPSI sempena sambutan 100 tahun penubuhannya.

PETALING JAYA– Siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang dilancarkan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Permaisuri Zara Salim pada Mei lalu dibuka untuk bidaan orang ramai bermula esok.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata,  inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan membantu penjanaan kewangan universiti menerusi  anak syarikat UHSB dengan kerjasama syarikat tempatan iaitu Aquatwo Sdn. Bhd..

“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang diminati mereka dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my.

“Laman web itu dibuka bermula 1 Julai hingga 12 Julai dan borang bidaan tersebut perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar UHSB, Prof. Madya Dr. Ramlee Ismail menjelaskan, pendaftaran UG yang memberi terjemahan Universiti Guru disifatkan sebagai hadiah istimewa buat seluruh alumni institusi pendidikan itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November ini.

“Bersempena sambutan bersejarah universiti, UHSB mengunjurkan pulangan pendapatan bernilai lebih RM3 juta,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI