fbpx

Nenek 75 tahun terjun ke dalam Sungai Ganga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas ini terjun ke dalam Sungai Ganga dan videonya menjadi tular di media sosial. - Twitter

NEW DELHI – Seorang nenek berusia 75 tahun di Haridwar, negeri Uttarakhand, India tular di media sosial kerana terjun ke dalam Sungai Ganga dari atas sebuah jambatan, lapor laman berita India Today.

Wanita berusia 75 tahun itu berkata, semasa hendak terjun ke dalam sungai, dia memastikan agar tiada sesiapa mengekorinya kerana dia sudah lama melakukan perkara tersebut.

Meskipun paras air Sungai Gangga tinggi, dia berjaya berenang ke tebing sungai tanpa sebarang bantuan. 

Warga emas itu ialah seorang perenang yang hebat dan telah melakukan acara terjun dari jambatan itu sejak kecil.

Pada kebiasaannya, mereka yang tinggal di kawasan  dikelilingi sumber air akan belajar berenang secara semula jadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI