fbpx

Lelaki suka tayang jenama mewah lebih mudah curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang suka memakai jenama yang mempunyai logo jelas didakwa mudah curang dan tidak boleh dipercayai. - Harvey Nichols

WASHINGTON – Satu kaji selidik baharu mendapati lelaki yang suka menunjuk-nunjuk jenama produk yang dipakai oleh mereka, cenderung untuk tidak setia dan sering curang terhadap  pasangan, lapor portal berita MailOnline.

Menurut pakar psikologi Amerika Syarikat (AS), Daniel Kruger, lelaki  yang memilih produk bersama paparan logo atau simbol jenama terserlah merupakan golongan yang mudah bertukar pasangan dan sukar komited.

Sama seperti burung merak jantan melebarkan sayap yang cantik untuk menarik perhatian burung betina, lelaki yang gemar memakai pakaian berjenama dengan logo yang jelas kelihatan juga cuba melakukan perkara serupa, katanya

Apatah lagi, berdasarkan kajian, pakaian atau aksesori berjenama yang menyerlah juga membuatkan lelaki kelihatan lebih menarik di mata wanita.

“Produk mewah menampilkan logo jelas serta besar meningkatkan rasa persaingan sosial dan tarikan kepada jantina yang berlainan, manakala logo kecil meningkatkan persepsi menjadi lebih dipercayai dan boleh dipercayai,” kata Kruger.

Dalam kajian melibatkan 376 pelajar kolej itu, responden ditunjukkan baju polo Ralph Lauren dengan logo ikoniknya di sebelah kiri.

Terdapat dua jenis baju polo, satu dengan logo kecil dan satu lagi dengan logo ekuestrian yang lebih besar dan  menonjol.

Mereka kemudian diminta membayangkan seorang lelaki memakai baju polo dengan logo kecil dan besar.

Responden kemudian diminta menjawab soalan melibatkan pelbagai aspek mengenai tanggapan mereka tentang lelaki dalam imej berbeza tersebut  dan memberikan skor pada skala 0 hingga 100.

Hasilnya, responden menilai lelaki yang memakai baju polo dengan logo jenama lebih besar sebagai lebih berminat kepada hubungan jangka pendek dan cenderung untuk curang.

Mereka juga kurang berminat memberikan komitmen kepada pasangan atau melihat masa depan dalam sesuatu hubungan.

“Kecenderungan memilih hubungan jangka pendek boleh diterjemahkan oleh sesetengah individu sebagai mudah untuk curang.

“Kami tidak menghuraikan perkara ini secara khusus tetapi cukup konsisten melihat corak umum yang wujud daripada hasil kajian,” jelas Kruger.

Kruger berkata,  lelaki yang memakai kemeja-T dengan logo  kecil dianggap lebih selamat kerana mereka mahukan hubungan jangka panjang, boleh dipercayai dan mempunyai pelan ke arah perkahwinan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI