fbpx

Koperasi dibantu perkasa sekuriti bekalan makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) meninjau gerai jualan pada Hari Koperasi Negara 2022 peringkat negeri Kedah Sempena Sambutan 100 Tahun Koperasi di pekarangan Dewan Al-Hana di Sik, hari ini.

SIK – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membantu koperasi yang terlibat dalam sektor agro makanan dengan memberi pinjaman mudah dalam usaha memperkasakan sekuriti bekalan makanan negara.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pinjaman akan diberikan sama ada tanpa cagaran atau mengurangkan syarat-syarat pinjaman.

“Sebagai contoh kalau ada (koperasi itu ada) lima reban ayam dan nak tambah lagi dua reban ayam, yang ini kita akan bantu secepat mungkin.

“Namun demikian untuk jangka masa panjang, yang mana hendak pinjam untuk permulaaan pun kita beri bantuan juga dengan kita percepatkan dan mengurangkan sedikit syarat-syarat pinjaman kepada koperasi dalam agro makanan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Noh berkata kementeriannya juga mempunyai dana menerusi Tabung Modal Pusingan sebanyak RM400 juta yang boleh dimanfaatkan secara berterusan menerusi penglibatan aktif koperasi dalam industri agro makanan.

Katanya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk Tabung Agro Makanan negara bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI