fbpx

KL City FC wajib ‘berpesta gol’ – Bojan Hodak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES sudah bersiap sedia untuk melakukan aksi sehabis baik pada aksi terakhir Kumpulan H Piala AFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

TERSERAH kepada pemain un­tuk menjaringkan berapa ba­nyak gol!

Itu pendirian pe­ngen­dali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak ketika mengulas ‘syarat wajib’ perlu menjaringkan lebih daripada dua gol pada aksi terakhir Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Tampines Rovers di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Bagi memburu slot ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan, skuad The City Boys tiada jalan lain kecuali perlu memastikan tiga mata dan menjaringkan lebih daripada dua gol bagi menafikan kelebihan tiga gol dimiliki PSM Makassar.

“Semua orang bercakap kami perlu menang tiga atau empat gol, tetapi ia adalah perlawanan yang sukar. Namun, kami sentiasa akan menyerang, bergantung kepada penyerang untuk jaringkan gol atau tidak.

“Tidak ada tekanan. Satu perkara dalam hidup, suatu hari nanti kita pasti akan mati. Saya beritahu kepada pemain, turun ke padang dan cuba pamerkan aksi terbaik.

“Jika kami berjaya untuk mempamerkan aksi terbaik, keputusan yang dimahukan pasti akan hadir,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan semalam.

Sementara itu, penyerang KL City, Romel Morales mengakui cukup gemarkan tekanan kerana situasi itu pasti akan membantu dirinya tampil lebih baik apabila setiap kali beraksi.

“Tidak ada perlawanan yang senang dan kami perlu ambil aksi ini dengan serius. Kami sudah lakukan sehabis baik ketika menentang PSM Makassar dan kami perlu belajar daripada perlawanan itu.

“Kami perlu jaringkan banyak gol dan pemain kena fokus untuk laksanakan tugas ini.

“Sebagai penyerang, kami kena ambil tanggungjawab ini dan pada masa sama, KL City juga ada pemain seperti Paulo Josue atau Zhafri Yahya yang boleh bantu pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI