fbpx

Kem olahraga mampu cipta kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRE berjaya melayakkan diri ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas memenangi pingat emas lompat kijang pada Sukan SEA Vietnam 2021.

KUALA LUMPUR – Tiada yang mustahil buat kem olahraga negara untuk menghadiahkan pingat buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai ini.

Chef de Mission (CDM) ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya menyifatkan atlat-atlet olahraga negara mampu melakar kejutan biarpun mereka tidak diletakkan sebarang sasaran pingat.

“Tiada perkara yang mustahil di dunia ini jika mereka lakukan yang terbaik. Mungkin ada sinar pingat untuk kita daripada (sukan) olahraga.

SHAHRUL (kiri) bertemu sebahagian atlet dan jurulatih skuad olahraga yang akan mengambil bahagian pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Kita tak tahu apa yang akan berlaku di sana. Sebab itu kita nak mereka buat sebaik mungkin dan dapatkan keputusan terbaik,” katanya selepas melawat sesi latihan skuad olahraga di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Dalam masa sama, beliau berharap barisan atlet olahraga negara mampu memberikan saingan sengit kepada pencabar-pencabar yang diketahui berprofil lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

“Kita berpijak di bumi yang nyata kerana kita bersaing dengan negara-negara besar sukan olahraga. Kita mahu mereka lakukan yang terbaik dan atasi rekod peribadi masing-masing,” jelas Shahrul yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia.

GRACE (tengah) turut menjadi sandaran KOM untuk melangkah ke final pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai ini.

Skuad olahraga mempertaruhkan tujuh atlet di Birmingham nanti iaitu Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi), Andre Anura Anuar (lompat kijang), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Grace Wong Xiu Mei, (baling tukul besi), Russel Alexander Nasir Taib (200 meter), Shereen Samson Vallabouy (400 meter) dan Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi).

Empat daripada tujuh atlet berkenaan iaitu Nauraj, Andre, Irfan dan Grace menjadi sandaran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk melangkah ke final berdasarkan prestasi terkini mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI