fbpx

Jualan ayam, minyak masak, telur murah habis dalam tempoh sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli ayam yang dijual pada harga RM7.90 pada PJKM peringkat Parlimen Gua Musang di Dataran Kesedar Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 2,300 penduduk mengambil peluang membeli barangan dapur dengan harga murah sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) peringkat Parlimen Gua Musang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Dalam program itu, sebanyak 2,550 kilogram (kg) minyak masak habis dijual dalam masa satu jam selepas diserbu orang ramai.

Pengunjung datang seawal pukul 8 pagi bagi membeli bekalan minyak masak, ayam, telur dan beras yang dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Gua Musang, Mohd. Koma Shapii berkata, program di Dataran Kesedar itu berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Katanya, sebanyak 5,100 kg minyak masak, 8,400 kg ayam dan 500 kampit telur ayam telah dijual dalam program tersebut.

“Sepanjang program ini, kami sediakan sebanyak 150 kotak minyak masak untuk dijual dan ia habis dalam tempoh satu jam.

“Selain minyak masak berharga RM2.50, barangan lain yang habis dalam tempoh singkat juga ialah ayam yang dijual pada harga RM7.90 sekilogram dan telur berharga RM10 sepapan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambahnya, sambutan yang diterima daripada masyarakat anar menggalakkan apabila semua barang asas habis dijual sebelum tamat tempoh jualan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI