fbpx

Harimau Selatan amuk PJ City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG JDT, Arif Aman cuba melepasi halangan pemain PJ City ketika membantu Harimau Selatan menang 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berpuas hati dengan persembahan luar biasa anak-anak buahnya yang mampu menjinakkan Peta­ling Jaya City FC (PJ City) 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Mora mengakui skuad Harimau Selatan itu berdepan kesukaran untuk menembusi tembok lima pertahanan The Phoenix yang diperkuatkan dengan dua pemain tengah defensif hingga menyukarkan JDT melancarkan serangan ke gawang lawan.

Bagaimanapun, katanya, pemain tetap berdisiplin melakukan hantaran dan menguasai permainan walaupun tidak ada ruang menembusi benteng pertahanan lawan pada awal babak permainan.

“Gerakan pantas yang dilakukan pemain daripada pelbagai arah berjaya mengucar-ngacirkan taktikal ampuh pasukan lawan dan Bergson Da Silva bijak mencipta peluang menjaringkan gol hasil rembatan dari luar kotak penalti.

“Fernando Forestieri pula tidak mensia-siakan peluang yang terhidang apabila menyempurnakan sepakan bebas menewaskan penjaga gol, Kalamullah al-Hafiz Mat Rowi bagi meletakkan JDT di kedudukan selesa.

“Apabila pasukan mempu­nyai pemain berkaliber seperti ini dan menjaringkan gol berkualiti, semuanya tampak bersahaja dan menjadikan tugas saya di luar garisan menjadi lebih mudah,” katanya kepada sidang akhbar semalam.

Bergson dan Forestieri menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan setelah masing-masing menambah satu gol pada babak kedua untuk memastikan kemenangan bergaya JDT ke atas PJ City.

Ditanya mengenai bila pemain baharu, Daniel Ting akan membuat penampilan pertama, Mora memberitahu, perkara itu bergantung kepada keadaan pemain itu yang baru sahaja berlatih bersama pasukan tiga hari lalu.

Katanya, sekiranya dia mampu mengadaptasi cara permainan dan taktikal JDT serta mendapatkan tahap kecergasan tertinggi, dia mungkin dapat diturunkan secepat mungkin.

“Rejim latihan di sini tak sama dengan pasukan lain, tambahan pula Daniel sudah lama tidak berlatih sejak menjadi pemain bebas susulan digugurkan oleh KL City FC.

“Dia merupakan seorang pemain berpengalaman dan ­mengetahui Liga Malaysia, pemain kaki kiri sepertinya amat diperlukan dalam pasukan. Bila dia bersedia dan kami perlukan khidmatnya, peluang itu akan muncul juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI