fbpx

Ganjaran untuk pemberi maklumat kes pencemaran alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim ketika bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Portal Pekerjaan Hijau hasil inisiatif agensinya, MGTC yang diaktifkan sejak Oktober 2021. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air memang ada menyediakan insentif kepada individu yang tampil melaporkan kes pencemaran air sungai termasuk pelaku jenayah tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, tidak ramai yang tahu mengenai perkara itu dan menyebabkan penjenayah alam sekitar semakin berani bertindak.

“Kita ada menawarkan insentif khas kepada mereka yang membuat laporan lengkap ada bukti sehingga dapat ditangkap penjenayah tersebut,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Portal Pekerjaan Hijau hasil inisiatif agensinya, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang diaktifkan sejak Oktober 2021.

Ia telah dibangunkan secara bersama antaranya dengan pihak Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Keselamatan Sosial serta Persatuan Syarikat Perkhidmatan Hijau Se-Malaysia.

Pada 10 Jun lalu, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang meminta masyarakat agar berani melaporkan insiden pencemaran sungai malah identiti mereka akan dirahsiakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI