fbpx

SPRM tahan YDP pertubuhan kebajikan salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki termasuk seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa yang didakwa berlaku empat tahun lalu.

“YDP pertubuhan kebajikan berusia dalam lingkungan 80-an tersebut disyaki melantik sekutunya yang berusia 50-an sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usahasama (JV).

“Dia memiliki kepentingan ke atas syarikat JV berkenaan dan perbuatan tersebut berlaku pada 2018,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI