fbpx

Diuji anak maut kemalangan menjelang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Luqman Hakim selamat dikebumikan selepas waktu zuhur di Tanah Wakaf Perkuburan Jannatul Firdaus di Kampung Jawa, Segamat.

SEGAMAT – Naluri seorang bapa yang resah sejak petang kelmarin rupa-rupanya petanda anaknya akan ‘pergi’ selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 270, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, Luqman Hakim Ramlan, 22, yang merupakan kakitangan swasta di Segamat meninggal dunia selepas motosikal jenis Yamaha 15ZR yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan.

Bapanya, Ramlan Sulaiman, 56, berkata, dia berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, namun tidak mengesyaki apa-apa sebaik arwah anaknya keluar dari rumah selepas waktu Maghrib.

Arwah Luqman Hakim.

“Saya berasa tidak sedap hati. Saya nampak Luqman Hakim mundar-mandir (resah) keluar masuk rumah sebelum keluar malam tadi.

“Saya bertanya kepada isteri mungkin arwah ada menceritakan sesuatu kepadanya kerana kelakuannya tidak seperti biasa namun isteri beritahu tiada apa-apa.

“Kami kehilangan anak yang amat baik dan juga tempat keluarga bergantung harap,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa, Segamat di sini hari ini.

Menurut Ramlan, kali terakhir dia berjumpa Luqman selepas solat Maghrib dan lelaki itu seperti biasa tidak banyak bercakap.

Luqman memaklumkan akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya dan berjanji akan pulang pada pagi esoknya.

“Saya dan isteri berpesan supaya dia berhati-hati menunggang motosikal. Namun kita mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

“Siapa sangka dalam kegembiraan kita akan menyambut Aidiladha, kami sekeluarga diuji dengan tragedi ini. Memang terkejut tetapi saya reda dengan kehilangan anak sulung kami,” katanya.

Tambah Ramlan lagi, menurut polis kenderaan yang telribat dalam kemalangan masih belum dikenal pasti nombor pendaftarannya dan dipercayai melarikan diri.

Jenazah Luqman Hakim dikebumikan selepas zuhur di Tanah Wakaf Perkuburan Jannatul Firdaus di Kampung Jawa, Segamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI