fbpx

Cara Puteri Sarah ‘hidup’ semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH LIYANA

KETIKA filem Mat Kilau sedang meledak-ledak di pawagam tanah air, kisah pergolakan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof juga sama naik.

Di sebalik semua kekalutan melanda hidupnya, Puteri Sarah tak terlepas dalam mencari cara untuk menenangkan jiwa yang kusut.

Katanya, dia pernah terlepas rasa amarah terhadap anak sulungnya suatu ketika dahulu, Syaikhul, namun kini perlahan-lahan berjaya mengawalnya dengan baik.

“Dahulu, awal-awal saya terlepas juga kepada Syaikhul. Kasihan dia.

“Lama-lama saya belajar untuk kawal diri. Dikelilingi dengan individu yang positif, sibukkan diri.

“Keluarkan diri daripada kelompok toksik. Bila saya sudah keluar, rasa hidup semula dan gembira,” kongsinya.

Puteri Sarah berkongsi perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan netizen yang bertanya bagaimana dia mencari kekuatan ketika hidupnya dilanda masalah.

Mizz Lahar doakan agar Sarah terus kuat hadapi dugaan yang melanda dirinya.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak lihat siapa gerangan bakal suami Sharifah Amani. Diam-diam sudah bertunang, tahniah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI