fbpx

Buku rawatan pesakit psikiatri ditemui dalam beg wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung berhampiran jeti LKIM di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Mayat seorang wanita yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Kuantan dekat Esplanade Benteng di sini pagi tadi berjaya ditemukan kira-kira pukul 4.30 petang hari ini.

Mayat mangsa yang juga warga emas berusia 67 tahun ditemukan berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.57 pagi.

“Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh dua lelaki tidak dikenali yang melihat satu objek disyaki manusia berada di bawah jeti River Cruise berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Apabila pengadu pergi untuk melihat objek tersebut didapati ia telah hanyut dibawa arus memandangkan air tengah pasang dan pengadu tidak pasti apakah objek tersebut memandangkan jaraknya yang jauh,”katanya di sini hari ini.

pengadu turut menemui satu beg galas,sepasang selipar dan juga buku rawatan pesakit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di kawasan berhampiran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI