fbpx

Bot bawa 10 pemancing hilang di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pemancing yang dikhuatiri hilang di perairan Terengganu setelah tidak pulang di Jeti Pengkalan Kubu, Kuala Besut semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai 13 orang yang melakukan trip memancing di perairan Terengganu sejak enam hari lalu dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke jeti mengikut jadual ditetapkan semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, mereka termasuk tiga kru bot tersebut dijadual pulang ke Jeti Pengkalan Kubu Kuala Besut pada semalam.

“Terdahulu mereka dilaporkan berlepas dari jeti sama pada pukul 10 pagi, 25 Jun lalu bagi melakukan trip memancing.

“Maklumat tentang kehilangan mereka telah dimaklumkan kepada Maritim Malaysia (APMM) hari ini sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 11.45 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, Kapal Maritim (KM) Redang telah dikerah untuk melakukan operasi terbabit.

Jelas beliau, pencarian bot memancing tersebut agak sukar kerana ia tidak dilengkapi sebarang peralatan komunikasi.

“Kita cuba mencari di kawasan sekitar pelantar minyak yang mungkin menjadi lokasi mereka memancing tetapi setakat ini tiada petunjuk ditemui.

“Hebahan berhubung kehilangan bot itu telah dilakukan kepada Pusat Komunikasi Petronas dan Exxon Mobil yang terlibat dalam kerja-kerja di pelantar minyak sekitar perairan negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI