fbpx

Amaran ribut petir di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri di utara Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya di Facebook memaklumkan, jangkaan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang dilihat berpotensi tinggi melanda keseluruhan negeri Perlis ketika ini.

Selain itu, cuaca buruk yang sama juga berlaku di beberapa daerah negeri Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang.

Dalam pada itu, MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan berlarutan sehingga pukul 9 pagi nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI