fbpx

Umat Islam sambut Aidiladha hari Ahad 10 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aseral

PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban 1443 Hijrah pada 10 Julai 2022 depan iaitu hari Ahad.

Perkara tersebut diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd. Aseral Jusman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan mohor Besar Raja-Raja adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1443 Hijrah adalah pada hari Jumaat 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad 10 Julai 2022,” katanya.

Terdapat 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI