fbpx

Taman konsep amukan beruang di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan monument beruang coklat yang menyerang Pulau Hokkaido. – Sora News

TOKYO – Sebuah taman hiburan menyeramkan di Jepun telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana mendirikan monumen berupa seekor beruang ganas yang pernah membunuh tujuh penduduk kampung, lapor akhbar Mirror UK.

Beruang gergasi setinggi 2.74 meter (9 kaki) apabila berdiri itu menyerang penduduk sebuah kampung di Pulau Hokkaido sehingga menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Sebuah taman tema yang dibina bagi memperingati peristiwa amukan beruang itu dibuka di kawasan luar bandar Sankebetsu.

Taman itu dibina berkonsepkan pengalaman ngeri selama lima hari yang menyaksikan sejumlah kediaman rosak dan tujuh penduduk kampung terkorban akibat diserang seekor beruang coklat yang mengamuk.

Bagaimanapun, taman tema itu tidak sesuai untuk mereka yang lemah semangat.

Antara ulasan secara online untuk taman itu termasuk: “Saya takut untuk mengunjunginya seorang diri” dan “Ia terlalu me­nyeramkan”.

Komen itu tidak keterlaluan kerana laman web rasmi bandar Sankebetsu turut memberi amaran kepada pelawat kerana kawasan itu gelap walaupun pada waktu siang. 

Amaran lain yang turut diberikan termasuk ‘di sini tiada liputan telefon bimbit’, ‘beruang coklat mungkin muncul’ dan ‘tolong elakkan melawat pada waktu malam kerana lokasi ini  berbahaya’.

Penampakan Beruang Hitam Asia dan Beruang Coklat di Pulau Hokkaido semakin meningkat. 

Justeru, amaran itu perlu diberi perhatian, tambahan pula, peristiwa ngeri pernah berlaku di kawasan tersebut. Serangan yang dikenali sebagai Amukan Beruang Sankebetsu itu berlaku pada tahun 1915. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI