fbpx

Rugi RM59.6 dalam enam bulan akibat penipuan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi ( kanan) menunjukkan papan tanda kempen Anti-Scam Peringkat Kontinjen Selangor

SHAH ALAM – Penipuan dalam talian atau scammer di Selangor terus berada di tahap membimbangkan dengan mencatatkan RM59.6 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini melibatkan 1,354 kes dalam tempoh sama dengan penipuan paling tinggi adalah Macau Scam.

Katanya, jumlah kes itu menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersial di negeri ini.

“Ini bukan kerugian yang sedikit dan perlu diambil berat dan atasi secara bersama semua peringkat termasuk masyarakat.

“Kita tidak boleh berdiam diri kerana ini baharu satu kontinjen Selangor sahaja. Berdasarkan siasatan kita, sebahagian besar (daripada RM59.6 juta itu) telah mengalir ke luar negara dan menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Selangor, hari ini.

Menurut beliau, lebih 1,700 individu telah ditangkap bagi tempoh Januari hingga Jun ini dengan kebanyakan melibatkan keldai akaun.

Arjunadi menambah, ini ekoran scammer menggunakan akaun individu lain dan menyukarkan pembuktian di mahkamah.

“Justeru, saya sebelum ini ada menyebut tentang perlunya membuat pindaan atau menggubal undang-undang yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa.

“Ini kerana benda ini online. Undang-undang kita tidak cover online. Tell me which law cover online, tiada. Ini yang susah dan menjadi persoalan,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta semua pihak memainkan peranan sewajarnya ( termasuk penggubalan undang-undang bertepatan) selain kesedaran orang ramai.

“Kita juga berharap pihak-pihak
tidak kira bank atau lain yang terlibat dalam sepanjang proses ini (buka, pembayaran atau pemindahan) dalam menyekat perkara ini daripada berlanjutan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Arjunadi menjelaskan sebanyak 392 unit papan iklan di seluruh Selangor akan memaparkan klip video kempen anti scam PDRM. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI