fbpx

Rakam tayangan Mat Kilau, muat naik di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara rakaman yang dimuatnaik di Tik Tok

PETALING JAYA – Perbuatan segelintir penonton yang merakam tayangan filem Mat Kilau di dalam pawagam serta dikongsikan pada laman TikTok dikecam netizen.

Menerusi hantaran pada Facebook Jabatan Netizen Negara, pihak tersebut memuat naik beberapa gambar tangkap layar daripada video pengguna TikTok yang dipercayai merakam di dalam panggung wayang.

“Boleh saman RM1 juta seorang, boleh tambah pendapatan,” ujarnya pada hantaran itu.

Selain itu, netizen turut meninggalkan komen tidak bersetuju dengan perbuatan segelintir individu tidak bertanggungjawab itu.

“Tak berbaloi kena saman pasal klip video saja,” ujar seorang netizen.

“Lepas ini masuk panggung, suruh orang jaga kaunter ambil telefon seorang-seorang. Kalau tidak, macam inilah jadinya. Macam baru tahu telefon boleh rakam video,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, pemerhatian di akaun TikTok tersebut tidak menjumpai rakaman video di dalam panggung wayang kerana difahamkan ia telah dipadam.

Filem epik Melayu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sedang ditayangkan ketika ini merupakan arahan sutradara Syamsul Yusof. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI