fbpx

Pok Tar pakar durian serba tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pok Tar memilih durian yang terbaik untuk dijual kepada pelanggan di pekan Damak, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Hanya dengan melihat, memegang dan menghidu buah durian, sudah tahu jenis dan kualitinya. Itulah ke­lebihan Abdul Mutalib Mamat, 63, yang telah lebih 30 tahun menjadi peraih dan penjual durian di pekan Damak di sini.

Mesra dengan panggilan Pok Tar, lelaki yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) ini juga boleh mengetahui buah yang dipegangnya masak keseluruhan atau sebahagian sahaja.

Malah Pok Tar dapat meneka rasa buah sama ada pahit, berlemak atau manis dengan hanya menghidu bau.

Dia berkata, kelebihan yang ada padanya itu bukan datang sekelip mata, tetapi berdasarkan ilmu dan pengalamannya.

“Kebiasaannya, pemilik dusun akan membawa buah durian yang bercampur, kemungkinan ada yang belum masak, jadi sebelum ditimbang, saya akan memi­lih buah yang sudah masak dan elok sahaja.

“Ada pelanggan yang datang minta saya pilih dua biji durian yang pahit dan apabila dibuka, benar-benar rasa pahit,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kewujudan pelbagai jenis durian kampung premium juga amat memerlukan kemahiran mengenal jenis buah bagi mengasingkan buah yang dikehendaki penggemar durian.

Pok Tar berkata, sejak menjual buah itu, dia akan memastikan pelanggannya berpuas hati de­ngan memilih buah durian yang baik serta berkualiti sahaja.

“Selain memberi penerangan tentang buah yang dipilih, saya memberikan jaminan jika buah dibeli buruk, mereka boleh datang semula untuk digantikan de­ngan buah yang baharu,” ujarnya.

Tambahnya, jualan durian pada tahun ini amat memberangsangkan apabila ramai penggemar durian termasuk dari luar Pahang datang untuk membeli durian.

Ujarnya, sejak dua minggu lalu dia dapat menjual buah durian dengan purata RM5,000 sehari dan semakin meningkat pada Sabtu dan Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI