fbpx

Penemuan ngeri mayat 46 imigran dalam treler di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa treler yang ditemui di San Antonio, kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 46 imigran ditemui mati di dalam dan sekitar sebuah treler yang ditinggalkan di tepi jalan di San Antonio, tengah Texas kelmarin, kata pihak berkuasa.

Penemuan mengerikan  itu me­rupakan antara yang paling buruk melibatkan pendatang asing tanpa­ izin (PATI) di Amerika Syarikat selama bertahun-tahun. Tragedi tersebut berlaku lima tahun selepas insiden serupa dilaporkan, juga di San Antonio. 

Bandar San Antonio terletak sekitar 250 kilometer dari sempadan AS-Mexico dan menjadi laluan transit utama kegiatan penyeludupan manusia.

“Buat masa ini (kelmarin) kami telah merekodkan seba­nyak 46 mayat imigran,” kata ke­tua Jabatan Bomba San Antonio, Charles Hood kepada pemberita. 

Menurutnya, seramai 16 orang telah dihantar ke hospital dalam keadaan masih hidup dan sedarkan diri, merangkumi 12 orang dewasa serta empat kanak-kanak.

“Mereka mengalami strok haba, keletihan melampau dan kepanasan, manakala  tiada air dalam kenderaan itu. Treler itu dilengkapi sistem penyejuk  te­tapi tidak berfungsi,” kata Hood. 

Beberapa pegawai lain berkata, seramai tiga orang ditahan berhubung insiden tersebut. Treler itu ditemui di tepi sebatang jalan dekat Lebuh Raya I-35 yang ber­akhir di sempadan AS-Mexico.

San Antonio menjadi lokasi tragedi serupa pada tahun 2017 apabila 10 orang mati lemas ke­ra­na­ kekurangan oksigen di dalam treler yang panas dengan sistem pendingin hawa tidak berfungsi dan lubang pengudaraan pula tersumbat ketika mereka dalam perjalanan ke AS. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI