fbpx

Lembaga Pertubuhan Peladang tampung 20 peratus bekalan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azulita memeriksa bungkusan ayam import di kilang pemprosesan ayam PPN Selangor, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menampung 20 peratus pasaran ayam di negara ini menerusi pengimportan 4,536 metrik tan secara berperingkat dari Thailand menjelang penghujung Julai ini.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, jumlah import juga akan menjadi stok pengimbal dalam mengimbangi sebarang ketentuan atau kenaikan harga sekiranya bekalan berkurangan.

Katanya, kos pengimportan itu menelan belanja RM50juta yang telah mendapat kelulusan daripada kabinet.

“Di peringkat awal, kapasiti 4,536 metrik tan ini dapat menampung 20 peratus ketidakcukupan pasaran. Namun, setakat ini tiada kekurangan bekalan ayam dilaporkan.

“Cuma, kita nak bersedia dari segi pengimbal stok memastikan apabila ada kekurangan stok dalam masa sama mengimbangi dari segi harga,” katanya ketika melawat kilang pemprosesan ayam Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor hari ini.

Beliau memberitahu, sebagai permulaan sebanyak enam kontena dengan setiap satunya berisi 20 hingga 21 metrik tan ayam bulat diimport dari pengeluar ayam di Thailand oleh PPNS dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Ujar Azulita, kesemuanya ayam itu telah disahkan dari segi kualiti oleh Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) dan diakui persijilan halalnya.

“Selain PPN Selangor, PPN Johor juga akan mengimport ayam sebanyak tiga kontena dan PPN Perak sebanyak lima kontena dalam masa terdekat.

“Seekor ayam diimport ini mempunyai berat antara 1.7 hingga 2 kilogram (kg) yang memenuhi kehendak berat pasaran ayam tempatan pada kadar 1.8kg,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Azulita berkata, pengimportan ayam dari Thailand ekoran akses yang mudah terutama laluan darat berbanding China dan Brazil.

Ketika ditanya pemberita mengenai tahap pengeluaran ayam LPK sendiri bagi mengurangkan kebergantungan import, beliau menegaskan pengeluaran ternakan ayam pihaknya ketika ini adalah 1.8 hingga 2 juta metrik tan.

“Kita memang sangat sokong keputusan kerajaan supaya mengeluarkan sendiri ayam cuma (ketika ini) agak limited dari segi peruntukkan. Usaha sedang dilakukan secara berterusan supaya boleh bantu bekalan ayam ini,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI