fbpx

Lee Zii Jia akui semakin tenang hadapi tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mengakui kini semakin matang untuk menyerap segala tekanan pada kejohanan Terbuka Malaysia pada kali ini.

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Terbuka Malaysia dengan langkah kanan selepas menepati ramalan mara ke pusingan kedua sejurus menewaskan wakil Ireland, Nhat Nguyen dengan keputusan straight-set 21-15, 21-11 sebentar tadi.

Zii Jia yang mendapat sokongan padu penyokong di Axiata Arena hanya memerlukan 47 minit untuk menewaskan Nguyen dalam aksi pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil sekali gus akan melakukan persiapan menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito esok.

Bagaimanapun, pemain ranking No.5 dunia tersebut perlu berhati-hati kerana Rhustavito belum diuji sepenuhnya selepas mendapat laluan mudah apabila pemain Denmark, Rasmus Gemke terpaksa menarik diri akibat mengalami kecederaan sebelum tewas 21-15, 9-11.

Pemain kelahiran Kedah tersebut yang diletakkan sebagai sandaran untuk menjuarai gelaran Terbuka Malaysia mengakui dia kini semakin matang untuk menyerap segala tekanan pada kejohanan kali ini.

“Mungkin kini saya lebih tenang dan matang untuk mengawal apa sahaja mengenai tekanan yang datang. Kehadiran penonton di stadium ini juga bagus dan kini keadaan saya lebih baik untuk menyerap segala tekanan.

“Apa pun, saya perlu melakukan persiapan kerana perlawanan seterusnya mungkin mencabar dan sukar. Jadi, saya akan lakukan terbaik,” katanya semalam.

Sementara itu, pemain No.2 dunia, Kento Momota turut mara ke pusingan kedua selepas pemain Thailand, Kantaphon Wancharoen menarik diri sekali gus akan menentang Angus Ng dari Hong Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI