PETALING JAYA – Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad bakal menyediakan tempat asuhan kanak-kanak untuk pekerjanya bagi membantu meringankan beban mereka.
Hafiz dalam satu hantaran di TikTok berkata, dia memahami kos untuk menghantar anak-anak ke tempat asuhan mencecah sehingga RM500 untuk seorang anak.
“Ini janji saya, mungkin nampak kecil tapi benda ini bermakna sangat untuk semua staf Ainaa.
“Saya akan sediakan ‘nursery’ untuk anak-anak staf. Staf saya ramai yang dah kahwin, saya faham kos ‘nursery’ dekat luar mahal.
“Saya tahu kehidupan awak di luar macam mana. Nak bayar untuk seorang anak RM500, kalau dua orang anak dah RM1,000 dan sebagainya. Jadi saya nak selesaikan masalah itu,” katanya.
Tambahnya, jika tiada aral melintang, tempat asuhan tersebut akan beroperasi pada Oktober atau Disember tahun ini.
Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut memuji tindakan Hafiz yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.
“Kejayaan demi kebahagian betul-betul kena dengan ayat dia. Apa yang dia buat kena dengan slogan itu,” komen Ernaa Mahzam.
“Nangis. Susah sangat nak jumpa bos macam ini. Kalau dah dapat bos macam ini wajib hargai,” kata seorang pengguna.
“Ya Allah, murah rezeki. Seronok dapat majikan macam ini. Ringan semua beban staf,” kata Myra Ateng. – KOSMO! ONLINE.