PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilihat cerah di kesemua negeri temasuklah sekitar Sabah, Sarawak dan Labuan pada pagi ini.
Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati, tiada sebarang laporan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ketika ini.
Sementara itu, orang ramai turut berkongsi keadaan cuaca di kawasan masing-masing dan berharap akan terus kekal baik sepanjang hari.
“Alhamdulillah cuaca yang baik pagi ini di Kuala Lumpur, Moga dipermudahkan segala urusan kepada yang ingin mencari rezeki hari ini,” ujar Saifful.
“Cuaca cerah di Cameron Highlands, Pahang pagi ini, harap kekal sepanjang hari, jom makan strawberi,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.