fbpx

Barcelona semakin kesuntukan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE bakal mengakhiri kontraknya di Barcelona bulan ini ketika kelab itu sedang berusaha untuk mengkaji semula tawaran perjanjian baharu. – AFP

BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona kini semakin kesuntukan masa untuk memastikan pemainnya, Ousmane Dembele kekal di Camp Nou selepas satu lagi rundingan dilaporkan me­nemui kegagalan.

Ejen pemain berkenaan, Moussa Sissoko tiba di Barcelona kelmarin untuk mengadakan perbincangan bersama pihak kelab mengenai potensi lanjutan kontrak selepas tawaran sebelum ini tidak dipersetujui.

Ketika Barcelona dan ketua jurulatihnya, Xavi terdesak untuk memastikan Dembele kekal, Sissoko mengesahkan bahawa tidak ada sebarang kata putus dicapai pada run­dingan terbaharu berkenaan.

Xavi dikatakan telah memendekkan tempoh percutiannya untuk menyertai rundingan berkenaan bagi memastikan Dembele kekal selain menganggapnya adalah tonggak pen­ting Barca pada saingan musim depan.

Bagaimanapun, kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi Barcelona menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tawaran yang mampu dipersetujui oleh Dembele sekali gus proses tawaran kontrak baharu berkenaan mene­mui kegagalan sekali lagi.

Setakat ini, Barcelona juga masih belum dapat mendaf­tarkan dua pemain baharu, Andreas Christensen dan Franck Kessie ekoran tertakluk kepada Peraturan Kewangan Adil (FFP) dan peraturan sekatan maksimum gaji La Liga.

Khidmat Dembele ketika ini diintai oleh Chelsea, namun Barcelona meminta tempoh beberapa hari lagi untuk menyediakan tawaran baharu buat pemain berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI