fbpx

Ajax tambah rasa terdesak Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY (kiri) merupakan salah satu pemain buruan United kali ini untuk memastikan jentera serangan mereka lebih tajam musim depan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag perlu membayar sekurang-kurangnya £115 juta (RM602.85 juta) sekiranya mahu untuk mendapatkan dua bekas pemainnya, Lisandro Martinez dan Antony dari Ajax Amsterdam.

United dilaporkan sedang berusaha keras untuk mendapatkan khidmat dua pemain ber­kenaan yang telah membantu Ten Hag menjulang kejuaraan bersama Ajax sebelum ini dan sudah mengemukakan bidaan kedua bernilai £34 juta (RM183.56 juta) untuk mendapatkan Martinez.

Gergasi bola sepak Belanda itu percaya mereka memiliki kewa­ngan yang kukuh ketika ini untuk kekal dengan pendirian mele­takkan tanda harga bernilai £45 juta (RM242.94 juta) untuk Martinez, manakala mahu rundingan mendapatkan Antony bermula dengan harga £70 juta (RM377.91 juta).

Laporan menyebut, Ajax mahu menggunakan kesempatan ini ketika United sangat terdesak untuk mendapatkan beberapa pemain baharu ketika mereka dilihat agak sepi pada pasaran perpindahan kali ini.

Bagaimanapun, mereka dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain buruan utama, Frenkie De Jong selepas terpaksa mengikuti kehendak Barcelona yang mahukan nilai perpindahan melebihi £65 juta (RM350.92 juta).

United memburu Martinez untuk memperkuatkan bahagian pertahanan mereka selepas bersedia untuk melepaskan Eric Bailly, Phil Jones dan Axel Tuanzebe, selain posisi tersebut dilihat sebagai kelemahan ketara dihadapi mereka.

Selain Martinez, seorang lagi pemain pertahanan Ajax, Nicolas Tagliafico yang berjaya membuat 100 penampilan bersama kelab itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI