fbpx

RM37,361 simpanan peribadi, KWSP lesap diperdaya sindiket kerja online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PADANG BESAR – Seorang pembantu kesihatan kerugian wang simpanan peribadi dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM37,361 setelah ditipu sindiket pekerjaan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, wanita berusia 26 tahun itu pada mulanya tertarik melihat iklan pekerjaan di Facebook.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran kerja menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat kemudiannya menghubungi individu dikenali dengan nama Agnes mendakwa dari syarikat SP eCommerce.

“Mangsa diberi penerangan untuk membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan ‘rating’ dan akan mendapat imbuhan setelah barang tersebut dijual oleh mereka.

“Wanita tersebut kemudiannya melakukan sebanyak lapan transaksi ke empat akaun bank Agnes seperti diarahkan suspek,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shokri, selepas tiga hari melakukan transaksi, mangsa mengesyaki bahawa dirinya diperdaya selepas tidak mendapat apa yang dijanjikan suspek sebelum bertindak membuat laporan polis petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI