fbpx

Putera Charles didakwa terima derma RM13.9 juta daripada jutawan Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charles ketika bertemu Sheikh Hamad yang didakwa memberikannya wang RM13.9 juta termasuk RM4.6 juta secara tunai. - PA

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles didakwa menerima wang €3 juta (RM13.9 juta) daripada seorang Sheikh negara Qatar termasuk €1 juta (RM4.6 juta) secara tunai di dalam sebuah beg, lapor akhbar Metro News UK kelmarin.

Individu dikenali sebagai Sheikh Hamad Jassim itu dikatakan menyerahkan wang tunai kepada Putera Charles dalam pertemuan mereka antara 2011 hingga 2015.

Wang  €1 juta yang diletakkan di dalam sebuah beg pakaian itu telah diserahkan ketika mereka mengadakan mesyua­rat di Clarence House, England.

Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa wang tunai dimasukkan ke dalam beg pakaian di kedai mewah Fortnum dan Mason.

Menurut akhbar Sunday Times, wang itu diberikan dalam bentuk wang kertas €500 (RM2,323) yang telah dihentikan pengeluarannya.

Wakil Clarence House berkata, ‘wang itu kemudian diserahkan kepada badan amal putera berkenaan dan semua prosedur sepatutnya telah dipatuhi’.

Badan amal yang dimaksudkan ialah Dana Amal Prince of Wales. Yayasan itu mempunyai matlamat untuk ‘mengubah kehidupan dan membina komuniti mapan’ dengan memberikan geran dalam bidang seperti pemuliharaan, pendidikan dan  kesihatan.

Difahamkan sekurang-kurangnya seorang peme­gang amanah dalam organisasi itu  tidak tahu tentang  derma  Sheikh Hamad.

Tiada satu pun pertemuan mereka didaftarkan dalam rekod rasmi , namun pembayaran tersebut tidak menyalahi undang-undang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI