fbpx

Pembantu guru, duda dicekup lepas rindu di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penguat kuasa memeriksa kad pengenalan diri pasangan yang dicekup di hotel bajet di Masjid Tanah, Melaka, tengah malam tadi.

ALOR GAJAH – Enam individu termasuk seorang pembantu guru di sebuah tadika di sini dan pasangannya duda dicekup berkhalwat di hotel bajet sekitar Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 malam itu, kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 37 tahun dicekup pegawai syarak bersama-sama anggota polis.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat orang awam, serbuan telah dilakukan di hotel bajet di kawasan Taman Bidara Jaya.

Katanya, hasil pemeriksaan tiga pasangan telah ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pernikahan.

“Berdasarkan aduan awam, pegawai syarak selaku Imam Masjid Al-Jawahir Pengkalan Balak bersama-sama ahli jawatankuasa serta enam anggota polis telah pergi ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan tiga bilik berasingan membawa kepada penahanan tiga pasangan, termasuk seorang pembantu guru tadika berusia 36 tahun,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, pembantu guru itu yang juga merupakan janda anak dua mengaku telah bersekedudukan dengan kekasihnya seorang duda.

“Dia menetap dan bekerja di Melaka, manakala kekasihnya yang merupakan duda berusia 37 tahun berasal dari Kedah.

“Lelaki itu memberi alasan datang ke Melaka semalam untuk menghadiri temu duga di sebuah kilang di sini dan mereka menginap di hotel kerana telah lama tidak berjumpa,” katanya.

Tambahnya, pasangan itu mendakwa telah berkenalan semasa pembantu guru itu menghadiri kursus di Kedah pada tahun lalu.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI