fbpx

Neymar hitung nasib di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR gagal merealisasikan impian PSG untuk merangkul trofi Eropah menyebabkan kelab itu sedia melepaskan khidmatnya. – AFP

PARIS – Bintang sensasi bola sepak dunia, Neymar dilaporkan sedang membuat pertimbangan untuk meninggalkan Paris Saint-Germain pada jendela perpindahan kali ini selepas lima musim bersama kelab itu.

Pemain berusia 30 tahun ber­kenaan tiba di Paris dengan rekod perpindahan termahal dalam dunia pada 2017 dan menerima gaji tahunan berjumlah £24 juta (RM129.79 juta), tetapi gagal membantu kelab itu me­rangkul trofi Liga Juara-Juara.

Laporan akhbar di Perancis menyebut bahawa kegagalan itu menyebabkan Neymar tidak lagi menjadi kesayangan kelab itu dan dia sedia mencari destinasi baharu untuk kariernya pada jendela perpindahan kali ini.

Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi ketika bercakap mengenai persiapan pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan turut enggan untuk mengesahkan bahawa Neymar akan terus kekal bersama mereka.

“Kemungkinan Neymar me­ninggalkan PSG? Apa yang saya boleh katakan adalah kami menjangkakan para pemain akan memberikan aksi lebih baik berbanding musim lalu. Mereka sudah memberikan 100 peratus.

“Apa yang jelas, kami masih belum cukup lagi. Musim depan objektifnya sudah jelas, semua pemain perlu bekerja dengan komitmen 200 peratus. Berikan segala-galanya untuk jersi ini secara maksimum dan kita akan lihat keputusannya.

“Anda perlu lebih merendah diri. Mengubah aspek permainan untuk mengelakkan kecederaan atau penggantungan yang boleh merugikan pasukan,” kata Al Khelaifi.

Kenyataan itu dianggap ditujukan kepada Neymar sekali gus menyebabkan masa depan pemain itu bersama gergasi Ligue 1 berkenaan dilihat sudah menghampiri ke penghujungnya.

Bagaimanapun, Neymar yang masih memiliki kontrak selama tiga tahun berdepan masalah untuk mencari pasukan yang mampu melunaskan gaji besar yang dinikmatinya selain PSG juga tidak akan melepaskannya pada harga yang murah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI