fbpx

Liga Super: JDT tunjuk taring benam PJ City FC 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG JDT, Arif Aiman berjaya melepasi pemain pertahanan PJ City pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan persembahan terbaik mereka selepas membenam Petaling Jaya City FC (PJ City FC) 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Gandingan penyerang berbisa, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri masing-masing meledak dua gol bagi membantu pasukan meraih kemenangan sekali gus mengukuhkan kedudukan di persada liga.

Pada aksi babak pertama, pasukan PJ City bertahan dengan baik menutup segala ruang buat pasukan tuan rumah untuk mengatur gerakan bagi memburu gol awal.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-22 hasil jaringan Bergson Da Silva yang mengawal bola hantaran Leandro Velazquez dengan baik sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan Kalamullah untuk meletakkan JDT di hadapan.

Tiga minit berselang, pasukan kendalian Benjamin Mora sekali lagi bersorak kegembiraan setelah Fernando Forestieri melebarkan kedudukan pada minit ke-25.

Forestieri memanfaatkan kepakaran mengambil sepakan percuma setelah rembatannya menuju ke penjuru kanan gawang menewaskan Kalamullah, gol menerusi sepakan bebas untuk dua perlawanan berturut-turut ketika berdepan Selangor FC.

JDT terus menambah derita buat PJ City setelah Bergson meledak kedua peribadinya apabila memusingkan badan setelah menerima umpanan Arif Aiman sebelum melepaskan sepakan lerek menewaskan penjaga gol pada minit ke-65.

Forestieri melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad Harimau Selatan apabila meledak gol keempat perlawanan pada minit ke-85.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI