fbpx

Kolaborasi ‘meletup’ Jungkook, Charlie Puth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHARLIE PUTH dan Jungkook.

BEBERAPA minggu selepas membuatkan peminat di seluruh dunia patah hati dengan berita ‘hiatus’ dari industri, nampaknya kekecewaan peminat BTS ditebus dengan banyak perkara menggembirakan.

Seiring dengan misi terkini kumpulan itu yang mahu berehat dari melakukan sebarang aktiviti berkumpulan dan mahu fokus terhadap kerjaya solo, salah seorang ahlinya iaitu Jungkook menuai perhatian luar biasa.

Ahli termuda BTS itu mengubat kelukaan peminat apabila meluncurkan single kolaborasi istimewa bersama penyanyi antarabangsa terkenal, Charlie Puth menerusi lagu Left and Right.

Sejurus berkongsi ‘teaser’ dalam platform media sosial milik masing-masing, lagu berkenaan terus mencipta trending di seluruh dunia.

Paling mengagumkan, lagu tersebut pantas menghuni carta nombor satu iTunes di seluruh dunia selain distrim sebanyak 500,000 kali menerusi Spotify hanya dalam masa 20 minit selepas diluncurkan.

Malah video muzik lagu berkenaan mencatat jumlah tontonan sebanyak 10 juta kali dalam masa 12 jam selepas dikongsikan dalam YouTube.

Setakat Ahad lalu, lagu berkenaan terus mencipta rekod apabila distrim lebih 8.7 juta kali dalam masa sehari menerusi Spotify, sekali gus menjadikannya sebagai lagu debut paling laris oleh penyanyi solo Korea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI