fbpx

Jangan normalisasi perkara yang jelas bertentangan dengan Islam – Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) ketika menerima kunjungan Pengarah Eksekutif CMCF di pejabatnya hari ini.

PUTRAJAYA – Jangan cuba menormalisasikan perkara yang jelas bertentangan dengan hukum Islam dan sistem nilai dalam masyarakat.

Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kepada penyedia kandungan televisyen dan radio di negara ini.

Idris berkata, pihaknya akui ketika ini terdapat kandungan di televisyen yang dipaparkan mengundang resah masyarakat kerana terdapat unsur yang bercanggah dengan agama dan budaya.

“Isu ini perlu menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemimpin negara, parti politik, karyawan, stesen televisyen dan radio, pembekal kandungan, influencer, peniaga, pencipta kandungan, asatizah juga semua golongan yang melibatkan diri dalam penghasilan kandungan.

“Saya akan memastikan daripada semasa ke semasa perkara ini terus dipantau, diperkemas dan diperketat supaya kesedaran berterusan mampu dihayati oleh semua masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Idris menerima kunjungan Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Mediha Mahmood bagi berbincang mengenai kod kandungan baru yang disediakan mereka untuk memastikan etika dalam kandungan agama yang disiarkan di dalam televisyen dan radio dipatuhi.

Jelas Idris lagi, kod kandungan baharu itu akan menjadi garis panduan kepada pihak yang terlibat dalam penyiaran selain mengawal sifat melampau dalam menghasilkan kandungan yang dihidangkan kepada masyarakat.

“Kami bersetuju bahawa kandungan yang disiarkan di saluran televisyen dan radio tempatan perlu sentiasa dipantau bagi memastikan ia tidak melanggar batas agama dan peraturan.

“Malah, kami juga bersetuju memberikan kesedaran kepada pihak penyiaran untuk mengeluarkan kandungan berkualiti dan tidak melanggar batas agama juga peraturan.

“Pada masa yang sama, saya berpendapat aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaydia (MCMC) juga perlu dipergiatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI