fbpx

Dua beradik sindiket seludup arak ditahan cuba sogok polis RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dua beradik dipercayai anggota sindiket penyeludupan minuman keras ditahan apabila cuba menyogok wang tunai berjumlah RM25,000 kepada pegawai kanan polis, hari ini.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 40an itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Menurut sumber, terdahulu satu operasi bersama antara polis Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan di premis perniagaan minuman milik salah seorang suspek.

Katanya, suspek itu juga adalah pengurus syarikat di premis berkenaan yang beroperasi di Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan minuman keras tanpa cukai telah menyogok wang tunai kira-kira RM25,000 kepada salah seorang pegawai kanan polis.

“Sogokan itu sebagai balasan supaya mereka dilepaskan dan tidak diambil sebarang tindakan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI