fbpx

Cuaca cerah di hampir semua negeri pada pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah di hampir seluruh negara pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini melaporkan, keadaan hujan lebat yang berlaku sejak dari awal pagi tadi melibatkan negeri Selangor sudah reda.

Bagaimanapun katanya, masih lagi terdapat hujan di satu dua tempat di sekitar Seremban, Negeri Sembilan juga di beberapa daerah di negeri Johor dijangkakan akan beransur reda menjelang lewat pagi nanti.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, diperhatikan buat masa ini tiada hujan dicerap di hampir kesemua bahagian di kedua-dua buah negeri terbabit kecuali sedikit melibatkan kawasan perairan di Kudat yang dijangkakan akan beransur reda juga menjelang lewat pagi nanti.

“Untuk ramalan cuaca pada petang nanti pula, MetMalaysia menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir masih lagi berpotensi untuk berlaku melibatkan bahagian utara semenanjung dan juga di sekitar bahagian pedalaman di pantai barat semenanjung pada petang nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu untuk negeri Sabah dan Sarawak pula, keadaan hujan lebat berserta ribut petir dijangka berpotensi untuk berlaku di sekitar bahagian barat dan juga utara negeri Sabah pada petang nanti.

“Selain itu, MetMalaysia turut telah mengeluarkan amaran angin kencang dan juga laut bergelora kategori pertama dan juga kedua dengan keadaan angin boleh mencapai sehingga 50 kilometer per jam dan juga boleh menyebabkan ketinggian ombak mencecah sehingga 4.5 meter di sekitar bahagian perairan Phuket, Condore, Reef North, Palawan, Layang-layang dan Labuan.

“Keadaan itu dijangka akan bermula pada 29 Jun ini dan berakhir pada 2 Julai nanti,” jelasnya.

Katanya, keadaan perairan itu dalam tempoh amaran tersebut berkuatkuasa adalah berbahaya untuk semua aktiviti perairan dan juga perkapalan termasuklah bot-bot kecil, sukan serta rekreasi laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI