fbpx

Brek rosak punca lori simen rempuh dua rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh dua buah rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam di Tanjung Malim hari ini.-IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Masalah brek menjadi punca sebuah lori simen hilang kawalan sebelum terbabas merempuh dua buah rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam di sini, pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan pemandu lori berusia 36 tahun mengalami kecederaan di kepala manakala penghuni dua buah rumah terselamat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 9.55 pagi di mana ketika kejadian, pemandu lori terbabit dalam perjalanan untuk menghantar simen.

Katanya, semasa menuruni bukit di kawasan perumahan tersebut, brek lori berkenaan didapati gagal berfungsi dan menyebabkan kenderaan itu terbabas merempuh dua buah rumah.

“Pelanggaran itu menyebabkan lelaki terbabit mengalami luka di kepala dan lebam di muka. Kesemua penghuni rumah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Setakat ini, pemandu lori masih belum tampil membuat laporan polis kerana sedang menerima rawatan di Hospital Slim River,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI