fbpx

Ambil masa 3 jam perjalanan pergi-balik kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kebanyakan warga kota mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam perjalanan untuk pergi serta pulang ke rumah dari tempat kerja masing-masing.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di media sosial yang melibatkan kira-kira 200 responden, kebanyakan penduduk yang bekerja di Lembah Klang menghabiskan masa selama tiga jam setiap hari di dalam kenderaan.

Menjengah ke ruang komen, ramai pengguna media sosial berkongsi pengalaman terpaksa meredah trafik yang sesak setiap hari khususnya pada waktu puncak .

“6.30 pagi hingga 8 pagi, 5 petang hingga 7 petang. Jumlah tiga jam 30 minit satu hari. Boleh pergi lima jam kalau ada kemalangan atas jalan,” ujar Walid Ismail.

“Tiga jam pergi balik, ingat dah ada macam-macam ‘train’ okay, rupanya makin teruk jem Lembah Klang,” komen Mohd Shah Khalid.

“Pergi balik lebih kurang tiga jam, lima hari bekerja jadi 15 jam, 15 kali empat minggu 60 jam. Dua hari setengah duduk dalam kereta sebulan,” kongsi Muhammad Affendy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI