fbpx

Ada golongan pertengahan, ‘elit’ segan daftar anak OKU – Siti Zailah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah ketika beramah mesra dengan Nor Raimah sempena Program Jelajah Skuad Waja Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Batang Nyamor, di sini, tadi.

REMBAU – Golongan ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk tidak malu mendaftar anak mereka yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya mengesan terdapat ibu bapa khususnya golongan pertengahan dan elit yang ‘segan’ mendaftar anak mereka sebagai OKU.

“Kita seru ibu bapa untuk memastikan anak-anak OKU berdaftar dengan JKM, banyak ruang yang disediakan untuk kebajikan anak-anak. Ada kes ibu bapa yang segan nak mendaftarkan anak OKU.

“Segan malu, kadang-kadang golongan pertengahan, elit dia segan sedangkan kebajikan anak dia perlu dibela. Apabila mak ayah meninggal dia perlu pada pembelaan. Ini yang kita dapat kesan.

“Mereka semua boleh daftar secara atas talian jika malu atau segan,” katanya ketika ditemui sempena Program Jelajah Skuad Waja Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Batang Nyamor, di sini, tadi.

Pada kunjungan berkenaan, Siti Zailah menziarahi Nor Raimah Mohamad, 43, iaitu pekerja OKU bagi perusahaan Bahulu Sabut Waris Sitam.

Menurut Siti Zailah, Nor Raimah sebelum ini merupakan Bantuan OKU tidak bekerja (BKB) sebanyak RM300 sebulan dan kini telah menerima Elauan OKU Bekerja (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan.

“Kita sangat mengalu-alukan supaya OKU berdikari dan elaun yang diberikan adalah sebagai satu galakan kerajaan supaya ada keyakinan diri keluar daripada kebergantungan sepenuhnya daripada kerajaan,” jelasnya.

Menurutnya, sehingga Mei 2022, sebanyak 95,561 OKU dibantu di bawah EPOKU membabitkan peruntukan sebanyak RM214,421,303.

“Jadi elaun ini diharapkan akan dapat memberi motivasi kepada golongan OKU untuk terus berkerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI