fbpx

3 maut, puluhan mangsa cedera dalam kemalangan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja berada di lokasi kejadian di mana gerabak kereta api terbalik. - AFP

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir selepas melanggar sebuah lori sampah di Missouri, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Ketika kejadian, kereta api milik syarikat Amtrak yang dalam perjalanan dari Los Angeles menuju Chicago itu terbabas sebelum terbalik di tepi landasan, kata beberapa pegawai.

Dua mangsa yang terbunuh berada di dalam kereta api dan korban ketiga pula daripada lori berkenaan, kata jurucakap Peronda Lebuhraya Negeri Missouri, Justin Dunn. 

Tidak dijelaskan dengan tepat mengenai bilangan mangsa yang cedera tetapi beberapa hospital dilaporkan menerima lebih 40 mangsa kemalangan itu dan menjangkakan lebih ramai mangsa lain.

Kereta api Amtrak itu membawa kira-kira 243 penumpang dan 12 kru apabila kemalangan itu berlaku dekat bandar Mendon. Tujuh gerabak  penumpang dilaporkan tergelincir daripada landasan.

“Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi tentang mengapa lori itu berada di landasan,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Jennifer Homendy.

Sebuah pasukan penyiasat NTSB dijangka tiba di lokasi kejadian hari ini. Laluan itu akan ditutup selama beberapa hari semasa mereka mengumpulkan bukti, katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI