fbpx

3 ahli parlimen UMNO lompat parti takut disiasat SPRM – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiga ahli parlimen daripada UMNO melompat parti kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018, tiga ahli parlimen yang menang telah melompat parti dan telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketika pemeriksaan utama oleh peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, beliau berkata, Ahmad Zahid berkata, dalam pengetahuannya, ketiga-tiga ahli politik itu mempunyai beberapa kes yang akan disiasat oleh SPRM.

“Individu pertama lompat ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah (Melaka), saya difahamkan dia diberi amanah untuk mengendalikan dana PRU termasuk untuk Puteri UMNO, tetapi ia dikeluarkan daripada tabung dan masuk ke akaun lain untuk tujuan peribadi.

“Kedua, menteri yang mewakili kawasan Jeli (Kelantan), sebelum PRU, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan yang mana diamanahkan untuk mengendalikan wang RM30 juta namun ia tidak digunakan untuk urusan logistik bagi pengundi di Lembah Klang,” katanya.

Bagaimanapun, belum sempat Ahmad Zahid menyatakan nama ahli parlimen ketiga, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran telah membantah keterangan tertuduh itu.

Menurut Raja Rozela, Ahmad Zahid tidak boleh mengaitkan penyelewengan dana itu dengan mana-mana pihak kecuali individu itu dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan.

“Kenyataan itu adalah bersifat ‘dengar cakap’ (hear say),” kata Raja Rozalela.

Bagaimanapun peguamnya Hisyam Teh Poh Teik berkata, keterangan anak guamnya seharusnya dibenarkan kerana bagi menghuraikan pembelaannya di mana pendakwaan boleh membangkitkan perkara itu di peringkat hujahan jika tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Katanya, mahkamah adalah forum terbaik bagi anak guamnya memberikan keterangan yang benar kerana beliau memberikan keterangan dalam keadaan bersumpah dan kes dihadapinya adakah berat.

Sementara itu dalam prosiding sama, Ahmad Zahid turut memberitahu beliau memulakan kerjaya politik bermula dari bawah dengan belajar tatacara politik.

“Saya belajar tatacara politik, saya tidak pernah masuk politik melalui tingkap, saya melalui tangga politik dari bawah. Oleh itu saya memahami tata etika dan budaya politik yang saya nakhodainya, “ katanya.

Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah masih lagi berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI