fbpx

Warga Taiwan dalangi sindiket penipuan beli barang online tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di IPD Seberang Perai Tengah di sini hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan belian barangan dalam talian yang dipercayai beroperasi sejak lebih sebulan lalu di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejayaan itu diperoleh berikutan tertangkapnya 23 orang suspek warga Taiwan yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 48 tahun dalam satu serbuan di sebuah banglo mewah tiga tingkat di Batu Feringghi Sabtu lalu.

Katanya, dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu, polis turut merampas pelbagai barangan kes termasuk 46 buah telefon bimbit pelbagai jenis, 14 buah laptop pelbagai jenama, lapan unit tablet jenis Ipad, enam set ‘walkie-talkie’, 12 keping kad prabayar dan beberapa barangan lain.

“Siasatan awal mendapati, suspek warga Taiwan yang ditahan itu ditawarkan untuk bekerja di sini (Pulau Pinang) dengan gaji sebanyak RM7,000 sebulan.

“Bagaimanapun, mereka hanya menerima bayaran sebanyak RM5,000 sahaja kerana dipercayai telah ditipu juga oleh satu sindiket untuk datang bekerja di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai sindiket penipuan tersebut, Mohd. Shuhaily berkata, antara produk yang ditipu oleh sindiket tersebut ialah beg tangan wanita, minyak wangi dan kasut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI